10 Contoh Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 MBKT Dan Pegawai Tadbir N41 MBKT

contoh soalan peperiksaan penolong pegawai tadbir n29 majlis bandaraya kuala terengganu

Contoh soalan pengetahuan am Penolong Pegawai Tadbir N29 MBKT & Pegawai Tadbir N41 MBKT. Berikut adalah berdasarkan pemerhatian kepada beberapa peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 MBKT & Pegawai Tadbir N41 MBKT dan negeri lain sebelum ini.

Sebelum saya kongsikan beberapa contoh soalan pengetahuan am Penolong Pegawai Tadbir N29 MBKT & Pegawai Tadbir N41 MBKT sebelum ini, penting untuk anda tahu topik yang biasa ditanya di dalam seksyen pengetahuan am ini.

Baca Juga: Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 MBKT & Pegawai Tadbir N41 MBKT

Topik Yang Biasa Ditanya Dalam Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 MBKT & Pegawai Tadbir N41 MBKT

Apa yang perlu tahu baca mengenai seksyen Pengetahuan Am exam
Penolong Pegawai Tadbir N29 MBKT & Pegawai Tadbir N41 MBKT ?

Skop soalan dalam seksyen ini amat meluas. Anda boleh ditanya soalan dari segi pentadbiran kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, isu semasa, hiburan dan sukan.

Untuk bantu anda, sila beri perhatian kepada perkara di bawah.

Cari maklumat dan fahami perkara berikut:

  1. Struktur pentadbiran kerajaan negeri Terengganu
  2. Daerah yang terdapat di negeri Terengganu
  3. Sejarah negeri Terengganu
  4. Struktur pentadbiran kerajaan pusat
  5. Dasar yang diperkenalkan kerajaan negeri
  6. Perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan negeri
  7. Akta kerajaan tempatan
  8. Bajet kerajaan negeri 2019
  9. Bajet kerajaan persekutuan 2019
  10. Isu semasa negeri, negara dan luar negara

Contoh Soalan Pengetahuan Am
Penolong Pegawai Tadbir N29 MBKT & Pegawai Tadbir N41 MBKT

1- Dasar Pendidikan Negara diletakkan di bawah rancangan
A. Wawasan 2020
B. Perkhidmatan Sosial
C. Pembangunan Sumber Manusia
D. Ekonomi Berasaskan Pengetahuan dan ICT

2- Yang manakah BUKAN Bidang-bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
A. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
B. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
C. Menangani kos sara hidup
D. Mengurangkan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan

3- Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang ke berapa?
A. Ke-16
B. Ke-15
C. Ke-14
D. Ke-13

4- Apakah organisasi yang bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman dan berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan?
A. Parlimen
B. Badan Kehakiman
C. Badan Berkanun Negeri
D. Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan

5- Berapa bilangan daerah yang ada di Terengganu
A- 6
B- 7
C- 8
D- 9

6- Yang mana antara berikut BUKAN terletak dalam bidang kuasa pejabat daerah di Terengganu
A- Urusan bantuan rakyat
B- Pengumpulan maklumat asas kampung dan masyarakat
C- Menyiasat aduan orang ramai
D- Urusan perihal Kerakyatan Negeri Terengganu

7- Sebuah badan eksekutif dan bukannya sebuah badan pentadbiran tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan ialah
A. Kabinet
B. Jabatan Perdana Menteri
C. Kementerian-kementerian
D. Jabatan-jabatan

8- Tugas primer bagi Pengurusan Aset dalam kerajaan adalah
A. Mentadbir harta benda kepunyaan kerajaan
B. Menguruskan jual beli aset kerajaan
C. Melupuskan harta kerajaan
D. Menjual aset kerajaan

9- Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memiliki bidang kuasa seperti di bawah KECUALI
A. Pelaksanaan kejiranan hijau
B. Hak dan tuntutan pemilik rumah
C. Pembangunan komuniti setempat
D. Pembangunan kemudahan luar bandar

10- Dewan Negara mempunyai pecahan mengikut kategori seperti di bawah
A. 35 ahli dilantik menerusi undian Negeri, 35 ahli oleh Yang di-Pertuan Agong
B. 13 ahli dilantik menerusi undian Negeri, 57 ahli oleh Yang di-Pertuan Agong
C. 20 ahli dilantik menerusi undian Negeri, 50 ahli oleh Yang di-Pertuan Agong
D. 26 ahli dilantik menerusi undian Negeri, 44 ahli oleh Yang di-Pertuan Agong

Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 MBKT & Pegawai Tadbir N41 MBKT

penolong pegawai tadbir n29 mbkt

Dengan melihat kepada contoh soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Tadbir N29 MBKT & Pegawai Tadbir N41 MBKT di atas, anda boleh lihat skop pertanyaan dia adalah meluas.

Bentuk soalan boleh meliputi dari segi struktur kerajaan negeri, isu semasa dalam kerajaan negeri, isu semasa negara dan sebagainya.

Bagi calon peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 MBKT & Pegawai Tadbir N41 MBKT yang mempunyai pengetahuan yang meluas dalam isu-isu terbabit, anda tidak akan menghadapi masalah untuk menjawab soalan dalam seksyen ini. Tetapi bagi anda yang agak kurang pengetahuan, memang agak sukar.

Untuk membantu anda membuat persediaan peperiksaan, saya bersama dengan Tim Infokerjaya ada menyediakan nota rujukan lengkap dengan contoh soalan dan jawapan untuk anda buat ulangkaji.

Masukkan nama dan email anda dalam form di bawah, untuk mendaftar dalam mailing list nota ini. Kelebihan anda jika mendaftar adalah:

  • Dapat tips penting menjelang peperiksaan
  • Nota rujukan pantas
  • Dapat contoh soalan dan jawapan kesemua seksyen peperiksaan
  • Bimbingan untuk menghadapi peperiksaan

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 MBKT & Pegawai Tadbir N41 MBKT

Masukkan nama dan email anda di bawah untuk dapatkan contoh soalan terus ke email anda

envelope
envelope

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 & PEGAWAI TADBIR N41 MBKT: Nak Nota Exam?

angle-double-right
angle-double-left