Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2014: Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2014: Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Demam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2014 kini kembali.

Bahagian Peperiksaan SPA kini mula mengedarkan contoh soalan melalui portal rasmi mereka www.spa.gov.my

Berdasarkan rujukan kepada jadual peperiksaan SPA, Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) 2014 dijangka berlangsung pada penghujung bulan Ogos 2014 selepas peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27.

Maklumat Ringkas Berkaitan Pegawai Tadbir Diplomatik

Secara amnya, seorang Pegawai Tadbir Diplomatik berperanan merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. Berikut ringkasan berkenaan diskripsi tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji:

[su_table]

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,253.00 RM8,731.00 RM225.00

[/su_table]

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2014 (PTD)

Untuk pengetahuan calon, peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang akan dijalankan oleh SPA Malaysia bertujuan untuk mengukur kebolehan daya pemikiran calon. Calon akan diuji dengan kemahiran mengaplikasikan maklumat yang dipelajari ketika pembelajaran dan juga pengalaman. Matlamat utama peperiksaan tersebut ialah untuk menguji kebolehan calon yang datang daripada pelbagai latar belakang akademik dengan format soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Saya senaraikan di bawah ini beberapa persediaan awal yang boleh anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

  • Anda mestilah bersedia dengan topik soalan peperiksaan yang berkemungkinan akan keluar dalam exam tersebut.
  • Anda perlu tahu skema ataupun cara menjawab soalan yang bakal keluar nanti
  • Anda perlu mengetahui apakah tugas-tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik

Tiga elemen utama saya gariskan buat calon. Walaupun ianya nampak remeh tetapi itulah intipati untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online tersebut.

Tahniah kami ucapkan kepada mereka yang terpilih untuk menduduki peperiksaan ini.

Statistik kami mendapati setiap tahun, lebih 70% calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 ini gagal!

Salah satu punca kegagalan calon – tidak membuat persiapan peperiksaan – calon tidak berusaha mencari contoh soalan PTD tahun-tahun sebelumnya.

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Peperiksaan ini melibatkan empat kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Contoh Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Seksyen A:

Pengetahuan Am

Penerangan Format

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan
semasa didalam dan luar negara. Format;

v  Tempoh: 45 minit

v  Jumlah Soalan: 50 soalan

v Markah: 30

Contoh soalan:

contoh soalan seksyen A pegawai tadbir diplomatik

Seksyen B:

Daya Menyelesaikan Masalah

Penerangan Format

v  Tempoh: 45 minit

v  Jumlah Soalan: 40 soalan

v Markah: 30

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

Contoh Soalan:

contoh soalan seksyen B pegawai tadbir diplomatik

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

Contoh Soalan:

contoh soalan seksyen B pegawai tadbir diplomatik

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.

Contoh soalan:

contoh soalan seksyen B pegawai tadbir diplomatik

Seksyen C:

Esei Bahasa Melayu

 

Penerangan Format

Seksyen ini menghendaki anda mengarang sebuah esei dari 3 tajuk pilihan yang diberikan. Anda hanya perlu pilih satu sahaja.  Anda diberikan masa 60 minit untuk menyiapkan esei tersebut dan ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sejak tahun 2009. Sekali lagi formatnya untuk 2014 ini;

Seksyen D:

Esei Bahasa Inggeris

Penerangan Format

Seksyen ini menghendaki anda mengarang sebuah esei dari 3 tajuk pilihan yang diberikan. Anda hanya perlu pilih satu sahaja.  Anda diberikan masa 60 minit untuk menyiapkan esei tersebut dan ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sejak tahun 2009. Sekali lagi formatnya untuk 2014 ini;

Review Copy Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Kami bekerjasama dengan Tim Info Kerjaya yang akan menyediakan panduan menjawab peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik ini nanti. Panduan ini sudah banyak membantu calon-calon peperiksaan SPA sejak tahun 2009 lagi.

Panduan ini merangkumi

  • Contoh soalan dan jawapan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Penerangan lengkap tugas rasmi seorang PTD
  • Tips dan panduan peperiksaan PTD

Daftarkan nama dan emel anda dengan klik sini. >> Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Kami akan hantarkan review copy secara percuma kepada anda apabila ia dikeluarkan nanti.

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.