Latihan Separa Perubatan U29

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan Latihan Separa Perubatan yang berminat dan berkelayakan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat untuk menceburi bidang kerjaya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Latihan Separa Perubatan ditawarkan kepada lulusan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berusia 18 hingga 25 tahun.

Calon-calon yang berjaya dalam peringkat peperiksaan dan temuduga akan menjalani latihan di kolej kejururawatan dan institusi-institusi yang telah diaturkan oleh KKM. Setiap pelatih akan menerima tajaan elaun seperti berikut :

1. Biasiswa Bulanan (program bertaraf diploma) RM 621.21
2. Elaun buku (setiap tahun) RM 250.00
3. Elaun alat perkakas (sekali sahaja) RM 25.00
4. Elaun kertas projek (setiap tahun) RM90.00
5. Penginapan dan pakaian seragam disediakan

latihan separa perubatan

Pilihan Pelatih Latihan Separa Perubatan U29

Pelatih yang berjaya menamatkan kursus Latihan Separa Perubatan dalam peringkat sijil atau diploma bakal diserap dalam jawatan berdasarkan bidang latihan dan berkhidmat bersama KKM. Lulusan peringkat sijil akan berkhidmat dalam Gred U17 atau U19 manakala lulusan peringkat diploma dalam Gred U29.

Terdapat 10 pilihan bidang latihan peringkat diploma dan 3 pilihan bidang latihan peringkat sijil.

1. Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
3. Latihan Jururawat
4. Latihan Jururawat Masyarakat
5. Latihan Jururawat Pergigian
6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
7. Latihan Juruteknologi Pergigian
8. Latihan Juru X-Ray
9. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
10. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
11. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
12. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
13. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Syarat kelayakan

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

**Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Umur calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Latihan bertaraf sijil

i) Latihan Jururawat Masyarakat
ii) Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
iii) Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Syarat kelayakan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

**Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

Umur calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:

1. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
2. Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;
3. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Selepas tamat tempoh latihan, pelatih akan menjalani seisi ujian sebelum diserap sebagai penjawat awam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan bakal berkhidmat di hospital kerajaan atau klinik-klinik kerajaan. Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan kerajaan bagi tempoh selama 4 tahun.

Calon juga berpeluang mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Kejururawatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan calon boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan. Seterusnya bidang ini boleh meningkat ke gred yang lebih tinggi.

Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Untuk rujukan temuduga latihan separa perubatan saya amat cadangkan anda dapatkan rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan kerana ianya ditulis khas untuk mereka yang dipanggil ke sesi temuduga kerja kerajaan termasuklah Latihan Separa Perubatan ini.

Rujukan ini telah ditulis sejak tahun 2008 dan telah membantu ramai calon temuduga kerja kerajaan untuk membuat persediaan dan lulus temuduga dan seterusnya diterima sebagai kakitangan kerajaan.

Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini terbahagi kepada 4 modul:

  • Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan
  • Teknik Menjawab Soalan Temuduga
  • Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga
  • Rahsia Penulisan Resume Temuduga

Anda akan mendapat RUJUKAN PANTAS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN secara PERCUMA apabila anda membuat belian Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan pakej Premier atau Master.

MUAT TURUN PREVIEW COPY PERCUMA RUJUKAN PANTAS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN U29 DI BAWAH:

separa perubatan

 

 

Capture

 

Pakej Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan & Simulasi Temuduga Separa Perubatan

  • Pakej rujukan ini adalah khas untuk calon temuduga Separa Perubatan sahaja.
  • ‘Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan’ dimuatkan 122 soalan tentang Separa Perubatan mengikut kategori soalan umum dan soalan khusus 10 latihan dalam separa perubatan. Ini penting untuk anda ambil tahu!
  • ‘Simulasi Temuduga Separa Perubatan’ disediakan 10 soalan untuk anda lakukan simulasi temuduga sebelum anda hadir ke temuduga sebenar nanti. Ebook ini menerangkan tujuan soalan ditanya dan tip untuk anda menjawab.
  • Pakej ‘Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan’ dan ‘Simulasi Temuduga Separa Perubatan’ ini TIDAK dijual secara umum. Pakej ini diberi secara PERCUMA kepada pembeli pakej Premier & Master ‘Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan’ sahaja.
  • Pemberian PERCUMA ini hanya SAH sehingga 17 April 2015 sahaja.
  • Beli pakej Premier atau Master ‘Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan’ dan dapat PERCUMA Pakej ‘Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan’ dan ‘Simulasi Temuduga Separa Perubatan’ yang bernilai RM50.

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.