Gerbang Kerjaya Anda!

Tips Kerjaya

temuduga

Tips Hadiri Temuduga

by syncguru
Temuduga   Saat temuduga merupakan saat paling penting dalam menentukan kejayaan kareer anda. Mengikut kajian kami masih terdapat ramai lagi para graduan yang masih tidak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa menghadiri temuduga.  
spa

SPA buat peperiksaan dalam talian tapis pemohon

by syncguru
in Umum

spa

ALOR SETAR – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan peperiksaan secara dalam talian bagi memudahkan pemohon sebelum dipanggil untuk temu duga.

SPA dalam satu kenyataan berkata pelaksanaan peperiksaan secara dalam talian itu merupakan satu langkah transformasi dalam usaha menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Katanya untuk melantik penjawat awam yang terbaik, peperiksaan merupakan satu daripada tapisan sebelum seseorang calon dipanggil untuk temu duga.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun, akan merasmikan majlis pra pelancarannya pada 27 Mei (Selasa) di ibu pejabat SPA Putrajaya bagi jawatan pegawai pembangunan masyarakat gred S41 melibatkan 3,000 orang calon,” menurut SPA dalam satu kenyataan sempena Persidangan Tahunan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kali ke-17 di Langkawi yang berakhir hari ini.

temuduga

Panduan Hadiri Temuduga Kerajaan

by syncguru

temuduga

Hadiri Temuduga

Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk hadiri temuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri. Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.

Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

by syncguru

pegawai pembangunan masyarakat gred s41

Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Minggu lepas ramai yang dah mula terima surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Jika anda masih belum pernah menerima surat dari SPA, ertinya ada masalah dengan boring SPA8i anda. Mungkin alamat salah!

Surat panggilan terkini adalah untuk sesi exam pada 27 Mei 2014 ini iaitu Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41.

Jika anda dapat surat dari SPA untuk exam ini, rujukan dari Tim Infokerjaya ini perlu anda miliki untuk membantu persediaan anda.

graduan

30% graduan bergaji lebih RM2,500

by syncguru
in Umum

Graduan

graduan

Graduan di negara ini harus mula mengubah minda daripada hanya menjadi pencari kerja kepada penjana pekerjaan dengan merebut peluang dalam bidang keusahawanan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Malaysia amat memerlukan lebih ramai usahawan daripada kalangan graduan untuk menjadi pemangkin transformasi ekonomi negara.

“Kita mahu graduan menjadi usahawan dan tidak hanya bergantung kepada mencari pekerjaan dengan syarikat-syarikat swasta kerana kita tahu golongan ini mempunyai daya saing yang kental dan mampu menjadi lebih kreatif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2013 anjuran Kementerian Pendidikan di sini hari ini.