Panduan Hadiri Temuduga Kerajaan

temuduga

temuduga

Hadiri Temuduga

Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk hadiri temuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri. Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda. Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :

  • Kebolehan berkomunikasi yang baik
  • Mempunyai kelayakan yang relevan
  • Bersemangat
  • Berinisiatif
  • Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
  • Berwatakan Menarik.

Semasa Hadir Temuduga

1. Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
  • Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);
  • Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
  • Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian;
  • Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);
  • Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
  • Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);
  • Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan
  • Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

2. Anda dikehendaki membawa “resume” bergambar yang ringkas dan padat. 3. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. 4. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

Sewaktu Sesi Temuduga

  • Pakailah pakaian yang sesuai dengan pekerjaan yang dipohon. Untuk jawatan pengurusan, professional dan eksekutif adalah lebih sesuai jika anda memakai kemeja lengan panjang dan tali leher untuk lelaki. Pakailah jam tangan.
  • Pastikan talipon bimbit anda dimatikan sebelum anda memasukki bilik temuduga.
  • Semua sijil-sijil dan dokumen asal yang berkaitan perlu diisi di dalam fail atau sampul surat yang besar sahaja.
  • Sebaiknya gunakan fail lutsinar dan disusun dokumen dan sijil mengikut yang paling utama dihadapan.
  • Gunakan kasut yang sesuai, bersih dan kemas. Jangan memakai kasut sukan, selipar, sandal atau but.
  • Berambut pendek adalah bersesuaian untuk lelaki.
  • Jika anda seorang lelaki jangan memakai subang, rantai dan gelang tangan.
  • Bawa bersama pen dan buku kecil atau diari untuk catitan sekiranya perlu.
  • Elakkan nafas berbau atau pakaian anda berbau asap rokok.

Bagaimana Menceritakan Pengalaman Anda Semasa Sesi Temuduga

  • Ceritakan mengenai diri anda dan kebolehan anda.
  • Elakkan memuji diri sendiri.
  • Jawab soalan secara lengkap dengan cara mennghuraikan sedikit jawapan anda.
  • Pastikan percakapan anda jelas didengari.
  • Duduk tegak dan pandang ke arah penemuduga apabila anda bercakap.
  • Kaitkan jawatan yang dipohon dengan tugas-tugas yang pernah anda lakukan.
  • Elakkan bercerita terlalu panjang tanpa henti.
  • Elakkan menanya penemuduga dengan bertujuan untuk menguji kebolehan penemuduga.

Pertanyaan Kepada Majikan

Di akhir sessi temuduga , penemuduga biasanya akan bertanya kepada calon sekiranya ada sebarang soalan. Elakkan terlalu banyak soalan. Tanyakan tanggungjawab jawatan yang dipohon. Tanyakan kepada siapa untuk melapor diri. Tanyakan tempoh waktu kerja. Tanyakan sama ada dikehendaki ke luar kawasan. Tanyakan gaji atau lingkungan bayaran yang akan diterima Tanyakan kemudahan kesihatan   Semoga Berjaya 🙂

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.