Permohonan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 (PTD)

ptd

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 (PTD)

 

Berita baik bagi yang menunggu peluang untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 (PTD)

SPA baru sahaja membuka permohonan untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 (PTD) yang dibuka dari sekarang sehingga 8 Jun 2014.

Adalah dijangkakan peperiksaan PTD akan diadakan pada minggu ketiga atau ke empat Jun 2014.

Peperiksaan kali ini adalah lain sedikit daripada tahun-tahun lepas di mana peperiksaan pada tahun ini akan diadakan secara online sama seperti peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41.

Anda boleh memohon di laman web SPA di http://www.spa.gov.my.

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk gambar dibawah.

Selamat berjaya kami ucapkan kepada semua calon.

pegawai tadbir dan diplomatik m41

 

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. 

Untuk pengetahuan anda, peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 (PTD) merupakan antara peperiksaan SPA yang paling mencabar.

Mengapa peperiksaan ini mencabar?
Apa yang dibimbangkan?

Itu pertanyaan yang banyak kami dapat. Peperiksaan ini perlulah setaraf dengan tahap jawatan yang dipohon dan kualiti anda sebagai calon perlulah setaraf.

Matlamat peperiksaan SPA

“Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41”

Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Oleh itu, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Begitu juga dengan temuduga yang akan dijalankan, soalan-soalan yang akan dikemukakan meliputi pelbagai bidang untuk menguji calon yang terlibat.

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.

Nantikan tips-tips peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik M41 (PTD) daripada kami.

Daftar nama dan email anda dengan kami, dan kami akan hantar info-info terkini dan tips untuk menjawab soalan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) tahun ini.

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.