Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2014

Tips Persediaan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

tips peperiksaan pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan Oktober 2014 mengikutkan kepada jadual yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sekalung tahniah kami ucapkan buat calon yang bakal terpilih untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada tahun ini .

Sebelum menduduki peperiksaan tersebut, kami menyediakan tips peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik berdasarkan pengalaman beberapa rakan menduduki peperiksaan ini kira-kira 2 tahun yang lalu buat calon yang bakal menjalani seisi peperiksaan PTD kelak.

Berikut adalah antara tips yang kami kumpul sebagai persediaan anda untuk menghadapi seisi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang akan datang:

Tips Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

[su_highlight]Tips Pertama[/su_highlight]

Pastikan anda sentiasa peka dengan persekitaran dan semua isu semasa dalam dan luar negara dengan memperbanyakkan membaca surat khabar atau majalah ilmiah dan menonton siaran berita. Mulakannya sekarang. Jangan bertangguh lagi dengan menganggap peperiksaan lambat lagi. Anda bakal seorang PTD dan untuk memegang jawatan sebagai PTD anda perlu berfikir dan memahami semua isu semasa.

[su_highlight]Tips Kedua[/su_highlight]

Dapatkan buku Malaysia Kita. Tahukah anda buku ‘Malaysia Kita’ menjadi sumber soalan hampir 60% dari soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik dalam seksyen pengetahuan am dan alam sekitar. Buku setebal lebih 600 muka-surat ini dapat membantu persediaan anda dalam menghadapi peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik nanti.

[su_highlight]Tips Ketiga[/su_highlight]

Anda perlu pastikan tidur yang cukup menjelang hari peperiksaan nanti. Elakkan berjaga hingga larut malam atau awal pagi semata-mata mengejar persediaan saat akhir. Anda perlu berada dalam keadaan segar untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik nanti.

[su_highlight]Tips Keempat[/su_highlight]

Mohon doa dan restu ibubapa. Doa dan restu dari mereka amat penting untuk anda yang bakal menduduki peperiksaan yang bakal memberi ‘nafas’ baru dalam kerjaya untuk masa hadapan seandainya berjaya ke peringkat seterusnya dan berjaya menempuh temuduga dengan cemerlang untuk dipilih bergelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Insya-allah.

[su_highlight]Tips Kelima[/su_highlight]

Semasa menduduki peperiksaan, masa amat berharga sepanjang berlangsungnya sesi tersebut. Maklumlah peperiksaan online. Pastikan anda sentiasa bersedia dalam bab pengurusan masa ketika peperiksaan berlangsung. Pastikan anda mengisi maklumat peperiksaan secepat mungkin dan bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan pada bila-bila masa.

[su_highlight]Tips Keenam[/su_highlight]

Jangan sesekali meninggalkan soalan tidak berjawap..Ya, “tembak” janji anda menjawab. Untuk Kertas Sahsiah Rupa Diri, 200 soalan dalam masa 40 minit. Kertas peperiksaan ini menunjukkan siapa diri anda.

[su_quote]

Contoh soalan ‘Adakah anda pernah terfikir untuk memaki orang ketika marah?”

Ya atau Tidak.

Jadilah diri sendiri untuk Kertas Sahsiah Rupa Diri. Manakala untuk Seksyen matematik, praktis dari sekarang mencongak sebarang kiraan dalam titik perpuluhan.[/su_quote]

[su_highlight]Tips Ketujuh[/su_highlight]

Selesai Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik, anda berdoa dan tawakal. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Jika anda berjaya dalam peperiksaan PTD, anda akan ke PTD Assessment Centre (PAC) selama 3 hari, Sekiranya berjaya mencerminkan diri sebagai bakal PTD, anda akan melalui seisi terakhir, iaitu seisi temuduga. Dan jika berjaya dalam seisi ini, anda akan mengambil Diploma Pengurusan Awam di Intan selama 6 bulan dan selepas itu baru diserapkan ke jabatan-jabatan berkenaan.

Kepada yang akan menduduki Peperiksaan PTD nanti, kami mengucapkan Selamat berjaya mengejar impian bergelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik .

[su_highlight]Tips Kelapan[/su_highlight]

Daftar dengan senarai penerima notifikasi kami.

Kami akan berkongsi tips-tips terbaru peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2014 termasuk review copy Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang amat membantu semua calon-calon peperiksaan yang lepas.

Jangan lepaskan peluang untuk lulus dalam peperiksaan pada kali ini.

Boleh terus klik sini >> Panduan Peperiksaan PTD 2014

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.