Panduan Penulisan Resume

penulisan resume

penulisan resume

Apabila anda menulis resume terdapat beberapa format penulisan resume yang boleh anda pilih merangkumi kronologi, fungsi dan sasaran resume.

Walau bagaimanapun, tidak kira apa format yang anda pilih, terdapat garis panduan tertentu yang anda harus ikuti.

Berikut adalah apa yang boleh dimasukkan dalam penulisan resume anda dan apa yang tidak perlu disenaraikan dalam penulisan resume anda.

Panduan penulisan resume


Panjang Resume:

Resume anda perlu seringkas yang mungkin. Panjang maksimum adalah dua muka surat, kalau boleh dapat buat satu muka surat adalah lebih baik.

Jenis Font dan Saiz:

Jangan guna font yang terlalu berbunga yang sukar dibaca. Anda perlu (wajib) guna Times New Roman, Arial, Calibri, atau font yang dalam kategori yang sama. Saiz font anda harus antara 10 dan 12, walaupun nama dan tajuk seksyen boleh sedikit lebih besar dan  atau bold .

Page Margin:

Margin standard dalam Microsoft Word  (1″ margin di bahagian atas, bawah dan kiri dan kanan) bagus untuk kebanyakkan resume. Walau bagaimanapun, jika anda perlu mengurangkan panjang resume, anda boleh kurangkan menjadi 0.5″.

Layout:

Anda perlu merancang setiap bahagian dalam resume anda supaya ia seragam dalam setiap bahagian. Sebagai contoh, jika anda meletakkan nama syarikat dalam huruf italic, setiap nama syarikat mestilah dalam huruf italic.

Maklumat Yang Perlu Dielakkan:

Jangan masukkan maklumat peribadi seperti hari jadi, ketinggian, berat, status perkahwinan, berapa anak dan lain-lain, kecuali kedudukan mengharuskannya.

Ketepatan:

Pastikan anda semak penulisan resume anda sebelum menghantarnya. Semak ejaan, tatabahasa, nama syarikat dan orang dan lain-lain. Kalau boleh  beri kepada orang lain untuk semak penulisan resume anda.

Maklumat yang perlu ada dalam penulisan resume anda


Objektif

Seksyen ini adalah optional. Jika anda membuat keputusan untuk memasukkan objektif, pastikan ia ringkas dan khusus; nyatakan kerja yang anda inginkan dan apa yang anda harapkan untuk capai dalam bidang itu.


Pengenalan

Sertakan nama, alamat, nombor telefon, dan alamat e-mel di atas resume anda.

Gunakan alamat e-mel profesional iaitu siti@gmail.com dan bukannya amoycantik@hotmail.com.
Pendidikan

Masukkan semua tahap pendidikan anda mengikut susunan yang terbaru dahulu.

Pastikan anda masukkan nama setiap institusi, lokasi, dan tarikh tamat pengajian (atau jangkaan tarikh tamat pengajian).

Masukkan juga bidang major dan CGPA dan apa juga kepujian, penerbitan, dan projek.
Pengalaman

Masukkan pengalaman kerja anda dalam susunan yang terbaru dahulu.

Anda boleh masukkan maklumat pekerjaan anda, latihan praktikal, dan kerja-kerja sukarela.

Termasuk nama syarikat, kedudukan, dan tarikh mula dan akhir pekerjaan.

Masukkan juga senarai kerja dan pencapaian anda semasa bekerja termasuk tanggung jawab, senarai projek yang berada di bawah selian anda.Sekiranya anda mendapat kemahiran baru semasa bekerja, anda juga boleh masukkan di sini.
Kemahiran

Masukkan kemahiran atau skil yang anda ada terutamanya yang berkaitan dengan kerja yang dipohon. Jangan lupa masukkan kebolehan bahasa anda terutamanya apabila anda boleh bertutur dalam lebih dari 1 bahasa.

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.