Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan UKJK

ukjk

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan ataupun UKJK merupakan salah satu daripada modul yang ada dalam program PAC.

Dalam modul UKJK dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu kecergasan dan kesihatan.

Dalam bahagian kesihatan, semua calon akan diuji:

  • Tekanan darah
  • Kadar denyutan nadi

Dalam bahagian kecergasan pula, anda akan diuji:

  • Ujian genggaman tangan (Ukur kekuatan static otot tangan)
  • Ujian bangun tubi 1 minit (uji daya tahan otot abdomen)
  • Ujian duduk dan jangkau (ukur tahap kelenturan otot belakang dan otot hamstring)
  • Ujian larian ulang alik 20 meter (ukur tahap pengambilan oksigen)

Ujian 1 – Saringan Kesihatan

Bahagian pertama UKJK ini, anda akan diuji untuk menentukan tekanan darah dan denyutan nadi. Pastikan anda bertenang kerana perasaan GEMURUH akan mempengaruhi bacaan ini.

Jadi bertenanglah ya.

Dalam ujian ini, akan diadakan pemeriksaan tekanan darah dan denyutan nadi. Seperti yang dimaklumkan di atas, adalah penting untuk anda kawal perasaan nervous anda supaya tidak memberi kesan kepada kadar denyutan nadi.

ukjk

Ujian 2 – BMI

Pada bahagian ini BMI anda akan diukur. Memang akan dimaklumkan berapa BMI yang ideal untuk jawatan anda, tetapi jangan risau jika anda terlebih BMI. Anda boleh ‘cover’ kemampuan anda dengan sesi penilaian yang lain.

Jadi jangan rasa rendah diri dengan BMI anda. Teruskan dan jangan berputus asa. Kalau sempat kurangkan berat badan dalam asa terdekat ini, ianya amat digalakkan. Jangan makan pil kurus pula! Takut efek negative nanti.

ukjk

Ujian 3 – Ujian Genggaman Tangan

Ujian genggaman tangan. Ianya bertujuan untuk mengukur kekuatan static otot tangan anda. Mudah sahaja ujian anda, anda akan diberikan satu alat yang anda kena genggam sekuat hati. Ianya dinamakan ‘Handgrip Test’ menggunakan Dynamometer.

Anda boleh mula buat sedikit latihan menggenggam objek keras di rumah mulai hari ini.

ukjk

Ujian 4 – Ujian Bangun Tubi 1 Minit

Ujian bangun tubi 1 minit untuk uji daya tahan otot perut/abdomen anda. Serius anda perlukan sedikit latihan bermula sekarang untuk ujian ini.

Nampak mudah tapi jangan ambil mudah.

Ujian 5 – Ujian Duduk Dan Jangkau

Ujian duduk dan jangkau. Ujian ini untuk mengukur tahap kelenturan otot belakang dan otot hamstring. Ringkasnya, anda duduk dengan kaki melunjur ke depan dan cuba capai hujung jari kaki anda dengan tangan.

Pandangan sisi untuk ujian ini. Praktis di rumah dulu ya supaya lebih mudah di hari ujian nanti. Kalau tak biasa memang sengsara juga lah.

Tapi untuk yang biasa benda ni kacang ja! Enjoy!

ukjk

Ujian 6 – Ujian Larian Ulang Alik 20 meter

Ianya bertujuan untuk ukur tahap pengambilan oksigen anda. Ini dipanggil beep/bleep test.

Ianya akan diuji beberapa tahap dengan ketetapan masa yang ditetapkan. Sebenarnya ujian ini adalah yang terpenting dalam sesi ujian UKJK.

ukjk

Luangkan sedikit masa untuk menonton video cara pengambilan calon PTD di bawah:

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.