10 Contoh Soalan Matematik Ujian Psikometrik

soalan matematik ujian psikometrik

Soalan Matematik merupakan antara elemen baru yang dimasukkan ke dalam Ujian Psikometrik SPA bermula tahun 2018.

Sebelum ini ujian Psikometrik hanya melibatkan soalan ujian berbentuk psikologi sahaja. Namun begitu bukan semua jawatan ujian Psikometrik SPA melibatkan terutama jawatan gred 41 dan 29, kedua-dua jawatan ini biasanya tidak akan dimasukkan soalan Matematik ke dalam ujian Psikometrik kerana kedua-dua jawatan ini sudah mempunyai ujian lain sebelum ujian Psikometrik ini yang telah di tanya soalan seksyen Daya Penyelesaian Masalah.

Kebiasaannya soalan Matematik Ujian Psikometrik melibatkan jawatan gred 11 & 19 sahaja. Ini adalah kerana kedua-dua jawatan ini tidak mempunyai ujian lain selain daripada ujian Psikometrik.

Baca Juga: Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA

Penerangan Format Soalan Matematik Ujian Psikometrik

Soalan Matematik ini adalah tidak melebihi silibus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lebih khusus lagi, ia merangkumi sukatan Penilaian Menengah Rendah (PMR) /Penilaian Tahap 3 (PT3) sehingga SPM. Ia merangkumi dari segi soalan Persamaan Linear, daya penyelesaian masalah dan sebagainya.

Sebagai contoh anda boleh lihat dalam soalan Persamaan Linear di bawah:

soalan matematik ujian psikometrik

Bagi anda yang lemah dalam Matematik, disarankan supaya anda buat banyak latihan untuk imbas dan asah kembali kemahiran Matematik yang mungkin kali terakhir anda lihat semasa di sekolah dahulu.

Anda boleh rujuk kembali buku-buku latihan Matematik di peringkat PMR/PT3 dan SPM.

ujian psikometrik

Download Nota & Contoh Soalan

Ujian Psikometrik!

Edisi 2024

Masukkan Nama Dan Email Anda Di Bawah Untuk Dapatkan Contoh Soalan Psikometrik

Contoh Soalan Matematik

  1. Dalam 1 majlis alumni, semua orang yang datang saling berjabat tangan antara satu sama lain. Terdapat sebanyak 66 berjabat tangan. Berapa orangkah yang datang dalam majlis alumni tersebut?
soalan matematik ujian psikometrik

Jawapan: C

2. Nombor apakah yang seterusnya?

soalan matematik ujian psikometrik

A. 98
B. 86
C. 74
D. 82

Jawapan: A

Cara pengiraan:

x+y=x[y+(x-1)]
2+3 = 2*[3+(2-1)] = 8
3+7 = 3*[7+(3-1)] = 27
4+5 = 4*[5+(4-1)] = 32
7+8 = 7*[8+(7-1)] = 98

3. Dalam bilik yang gelap. Anda mempunyai 10 stokin berwarna kelabu dan
10 stokin berwarna biru dan anda memerlukannya dalam bentuk
sepasang. Kesemua stokin adalah sama bentuk dan bezanya hanyalah
warna.

Berapa banyak stokinkah anda perlu ambil untuk memastikan anda
mempunyai sekurang-kurangnya sepasang?

soalan matematik ujian psikometrik

Jawapan: A

Cara Pengiraan

Anda memerlukan 3 stokin untuk memastikan ianya sepasang, samada ketiga-tiganya mempunyai warna yang sama atau 2 mempunyai warna yang sama.

4. Umur cucu saya dalam hari menyamai umur anak saya dalam minggu
dan umur cucu saya dalam bulan menyamai umur saya dalam tahun.
Jumlah keseluruhan umur cucu, anak dan saya adalah 120 tahun.

Berikan umur saya dalam tahun?

A. 60
B. 72
C. 66
D. 81

Jawapan: B

Cara pengiraan

Cucu: 6 tahun, Anak: 44 tahun, Atok: 72 tahun

5. Berikan 5 digit nombor di mana tidak mempunyai 0 dan 1 dan tiada
nombor yang berulang, yang mematuhi syarat berikut:

Digit ke empat adalah suku kepada jumlah keseluruhan digit
Digit ke dua adalah gandaan digit pertama
Digit ke tiga adalah yang terbesar daripada ke semua digit
Digit terakhir adalah jumlah campur digit pertama dan kedua

A. 12987
B. 29897
C. 34098
D. 24976

Jawapan: D

Tips menjawab: Lihat peraturan terakhir

6. Di manakah kita boleh letak 1 garisan untuk menjadikan pernyataan di
bawah betul

soalan matematik ujian psikometrik
soalan matematik ujian psikometrik

Jawapan: C

Dengan letakkan 1 garisan di situ menjadikan peryataan tersebut: 5 + 545 + 5 = 555

7. Seorang jurujual boleh meletakkan 8 kotak besar atau 10 kotak kecil ke
dalam 1 kontena. Dalam 1 penghantaran, dia menghantar sebanyak 96
kotak. Jika kotak besar lebih banyak daripada kotak kecil, berapakah
jumlah kontena dia hantar?

A. 11
B. 40
C. 26
D. 55

Jawapan: A

7 kontena kotak besar: 7 kontena x 8 kotak besar = 56 kotak
4 kontena kotak kecil: 4 kontena x 10 kotak kecil = 40 kotak
Jumlah kontena: 11 kontena

8. Jika

9999 = 4
8888 = 8
1816 = 6
1212 = 0
1919 = ?

A. 10
B. 4
C. 2
D. 12

Jawapan: B

Jalan Pengiraan

Perhatikan berapa jumlah nombor yang mempunyai bulatan di darab dengan jumlah digit nombor yang tidak mempunyai bulatan.

Contoh:

9999 mempunyai 4 bulatan
8888 mempunyai 8 bulatan
1816 mempunyai 3 bulatan dan mempunyai 2 nombor tiada bulatan = 3×2 = 6
1212 tidak mempunyai bulatan dan 4 nombor tiada bulatan = 0x4 = 0
1919 mempunyai 2 nombor bulatan dan 2 nombor tiada bulatan = 2×2 = 4

9. Pilih jawapan yang betul mengikut turutan

soalan matematik ujian psikometrik
soalan matematik ujian psikometrik
  • 10. Amran telah menjual telefon bimbitnya dengan harga RM 450.00 kepada Mohamad. Beliau telah mengalami kerugian sebanyak 20 %. Berapakah harga sebenar telefon bimbit nya

A.    RM 540.00
B.    RM 640.00
C.    RM 492.00
D.   RM 520.00

Jawapan: A

soalan matematik ujian psikometrik

Koleksi Soalan Ujian Psikometrik

Jika anda memerlukan bantuan untuk menjawab soalan Matematik ujian Psikometrik, saya amat cadangkan anda dapatkan koleksi ujian Psikometrik ini.

Di dalam rujukan ini sudah ada lengkap soalan Psikometrik dan Matematik termasuk nota ringkas Matematik dan juga jalan pengiraan bagi setiap soalan yang kita berikan.

Antara kandungan rujukan ini

soalan matematik ujian psikometrik
soalan matematik ujian psikometrik
soalan matematik ujian psikometrik
soalan matematik ujian psikometrik
soalan matematik ujian psikometrik

Anda boleh klik link di bawah untuk terus dapatkan rujukan serba lengkap ini.

>>> Rujukan Ujian Psikometrik SPA

Atau anda boleh masukkan nama dan email anda di bawah untuk download nota, contoh soalan dan jawapan ujian psikometrik dan Matematik. Kita akan terus hantar ke email anda.

ujian psikometrik

Download Nota & Contoh Soalan

Ujian Psikometrik!

Edisi 2024

Masukkan Nama Dan Email Anda Di Bawah Untuk Dapatkan Contoh Soalan Psikometrik

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.