Peluang Kerjaya Pegawai Teknologi Maklumat F41

pegawai teknologi maklumat

Anda berminat dengan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat ? Bagi yang berkelulusan komputer ada peluang baru untuk anda.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) baru saja mengeluarkan notis tawaran peluang kerjaya  dalam perkhidmatan awam untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41.

pegawai teknologi maklumat

Anda boleh terus apply jawatan nie di link ini: www.spa.gov.my

Untuk makluman anda jawatan Pegawai Teknologi Maklumat sesuai bagi mereka yang memiliki kelulusan dalam bidang komputer atau IT.

Berikut maklumat serba ringkas berkaitan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat gred F41.

Pegawai Teknologi  Maklumat F41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam

Syarat Lantikan:

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,146.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,353.44 ] atau
  • Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,664.78 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,976.11 ] dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

Selamat maju jaya untuk anda yang memohon jawatan ini.

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.