Peperiksaan Online SPA amat memalukan

Peperiksaan Online SPA

Harini adalah hari yang bersejarah untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Bukan sejarah baik tapi sejarah yang memalukan.

SPA mengadakan Peperiksaan Online SPA Memasuki Perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27. Ini adalah kali kedua peperiksaan online diadakan oleh SPA selepas peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41.

Nampaknya SPA masih belum belajar kegagalan peperiksaan online sebelum ini yang mendapat banyak rungutan dan komplen dari semua calon.

Sejarah tersebut berulang harini. Boleh dikatakan peperiksaan online SPA ini satu disaster.

Peperiksaan Online SPA

Masalah pertama yang dihadapi calon pagi ini ialah, mereka tidak tahu bagaimana nak dapatkan link pautan ke web peperiksaan online. SPA hanya update Facebook page mereka 30 minit sebelum peperiksaan online berlangsung. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana SPA menghantar jemputan untuk peperiksan melalui SMS dan email. Mereka hanya perlu menghantar link akses ke SMS and email calon tetapi mereka memilih hanya untuk update Facebook page mereka.

Berapa ramai calon yang selalu tengok Facebook page SPA?
Tidakkah SPA terfikir untuk hantar notification melalui SMS dan email kepada semua calon?

Masalah paling besar yang dihadapi oleh calon peperiksaan online SPA kali ini ialah sudahlah dapat lambat link pautan untuk akses web kemudian ada masalah nak akses. Banyak rungutan yang saya terima ramai yang mendapat error message ‘This Webpage is not available’.

Peperiksaan Online SPA

(Gambar kredit Prof Hariz)

Terdapat juga banyak rungutan masalah sistem terlalu perlahan.

Kita boleh terima sekiranya ini adalah kali pertama SPA mengadakan peperiksaan online tetapi ini adalah kali kedua. Sepatutnya masalah server heavy load ini tidak terjadi lebih-lebih lagi melibatkan server kerajaan. Memang kelakar.

Berikut antara luahan perasaan calon peperiksaan online SPA kali ini:

Peperiksaan Online SPA

Peperiksaan Online SPA

Kegagalan SPA yang telah dikenalpastikan :

1. Tidak ambik pelajaran dengan permasalahan exam online sebelum ini sebagai rujukan utama

2. Gagal menggunakan Facebook Ads dengan jayanya. Jika ada 200ribu likers bukan semua nampak posting di wall Facebook SPA.

3. Gagal menggunakan medium hebahan cara turun temurun. Boleh guna cara panduan kumpul list ….database email.

4. Gagal menggunakan medium SMS untuk makluman kepda calon yang telah dipanggil.

5. Gagal upgrade kepada server yang lebih laju dek kerana trafik yang ramai datang menyerbu.

6. Gagal menyediakan tukang jawab telefon untuk menjawab sebarang pertanyaan yang berbangkit. telefon engage aje…

Diharapkan SPA dapat membuat sedikit kajian tentang masalah yang dihadapi oleh ramai calon peperiksaan online kali ini. Tahniah bagi yang dah dapatkan panduan menjawab peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam.

  • Leave a Comment

Positive SSL