Proses Pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Proses Pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 pada masa sekarang dikendalikan oleh Institut Tadbir Awam Negara atau lebih dikenali sebagai INTAN.

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD.

Proses Pertama: Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.

Proses Kedua: PTD Assessment Centre (PAC)

Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:

[su_list icon=”icon: angle-double-right”]

  • Kualiti Personal
  • Pengetahuan
  • Kemahiran

[/su_list]

Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

Proses Ketiga: Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD

Sumber Rujukan : INTAN

Hanya calon yang melepasi ketiga-tiga proses pengambilan ini sahaja akan ditawarkan menjawat Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Proses pengambilan yang teliti dan ketat ini perlu untuk memastikan hanya calon yang benar-benar layak sahaja ditawarkan ke jawatan ini kerana penjawat Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 bakal mengetuai sesuatu jabatan kerajaan.

Halangan utama yang digeruni dan dibimbangi semua calon dalam proses pengambilan ini ialah peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Ini adalah kerana ramai calon yang lepas tewas dalam proses yang pertama ini.

Sebenarnya, memang sukar untuk lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 tetapi ia BUKAN sesuatu yang mustahil. Berdasarkan pengalaman, kebanyakkan calon gagal peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 kerana:

[su_list icon=”icon: chevron-circle-right”]

  • tidak tahu format peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
  • tidak pernah tengok contoh peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
  • tidak atau kurang membuat persediaan
  • over confidence

[/su_list]

Jadi, bagaimana hendak lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41?

[su_list icon=”icon: check-square-o”]

  • yang pertama sudah tentu hadir peperiksaan
  • tahu format peperiksaan
  • tahu apa nak study
  • cukup masa untuk study

[/su_list]

Pada tahun ini, dijangkakan calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 melebihi 30,000 orang. Nampak TAK? Memang persaingan amat kuat untuk LULUS dalam peperiksaan ini. Anda perlu mempunyai strategi dan cara untuk LULUS peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik ini dengan cemerlang.

Anda memerlukan panduan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 untuk lulus.

pegawai tadbir diplomatik
peperiksaan pegawai tadbir diplomatik

Anda mahu rujukan ini?

Sabar… Rujukan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 belum dibuka. Jualan hanya akan dibuka apabila SPA mengeluarkan tarikh rasmi peperiksaan ini nanti.

Sementara menanti pengumuman rasmi daripada SPA, anda boleh mendaftar dalam senarai menunggu rujukan peperiksaan ini. Anda perlu mendaftar supaya tidak terlepas rujukan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang LENGKAP dengan contoh soalan peperiksaan dan tips-tips tambahan untuk menduduki peperiksaan ini nanti.

Anda boleh mendaftar dalam borang di bawah.

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.