Soalan Biasa Temuduga Bomba

Tugas-tugas dan Cabaran Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia

  • MEMADAM KEBAKARAN DI STRUKTUR
  • UNIT UDARA
  • MEMADAM KEBAKARAN DI STRUKTUR TINGGI
  • UNIT PENGESAN K-9
  • MEMADAM KEBAKARAN DI HUTAN
  • UNIT EMS
  • MENYELAMAT DI JALAN RAYA
  • KOMUNIKASI
  • UNIT MOTOSIKAL GERAK CEPAT
  • UNIT HAZMAT
  • UNIT MENCARI DAN MENYELAMAT
  • UNIT ‘MUST’
  • UNIT MENYELAMAT DI DALAM AIR
  • UNIT PENYIASATAN KEBAKARAN

Ada 2 jawatan temuduga bomba bakal dijalankan dalam bulan Jun iaitu :

Pegawai Bomba Gred KB17 [7 Jun 2015 – 15 Jun 2015]
Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 [2 Jun 2015 – 05 Jun 2015]

bomba

Soalan Biasa Temuduga Bomba

Berikut merupakan antara soalan temuduga favourite yang biasanya ditanya ketika temuduga Bomba di jalankan:

1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
2. Adakah anda sudah berkahwin?
3. Mengapa anda mahu berkhidmat dalam kerjaya bomba?
4. Terangkan mengenai misi dan visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
5. Siapakah nama Ketua Pengarah JBPM?

6. Bagaimana anda mengendalikan kebakaran yang berlaku di rumah dan di pejabat?
7. Apakah contoh bahan kimia yang boleh menyebabkan kebakaran?
8. Bagaimana untuk merawat luka yang melecur akibat terkena air panas?
9. Sebutkan cara yang paling berkesan untuk memadamkan kebakaran akibat elektrik.
10. Ceritakan bagaimana anda menggunakan alat pemadam api.

11. Katakan anda tinggal di sebuah rumah banglo 3 tingkat, di manakah tempat yang sesuai untuk memasang alat pengesan asap?
12. Apakah jenis alat pemadam api yang sesuai untuk diletakkan di rumah?
13. Sekiranya anda terperangkap dalam sebuah bangunan yang dipenuhi asap, bagaimanakah anda hendak menyelamatkan diri dengan cara yang paling selamat?
14. Apakah keburukan memakai sarung tangan basah semasa mengendalikan periuk yang panas?
15. Apakah cara yang paling berkesan untuk memadamkan api yang terbakar dalam periuk semasa anda memasak di dapur?

Semoga dengan panduan ini dapat membantu anda untuk menghadapi temuduga Bomba yang akan datang.

Selamat Maju Jaya!

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.