Tugas Penguasa Kastam Gred WK41

penguasa kastam gred w41

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Jabatan ini berfungsi sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk memungut hasil menerusi cukai tidak langsung dan mengawal selia perkembangan perindustrian dan perdagangan yang pesat membangun.

Untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat, KDRM memainkan peranan seperti berikut:

1. Memungut Hasil Negara – Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan.

2. Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan Dan Perindustrian – KDRM telah memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian.

3. Memastikan Pematuhan Perundangan – KDRM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan dengannya.

Peluang kerjaya sebagai Penguasa Kastam Gred WK41

Pada umumnya, Kastam tidak membuat sendiri pengambilan bagi jawatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Atasan. Urusan pengambilan dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web mereka www.spa.gov.my

Pada awal bulan Ogos 2014, telah diadakan peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam. Dijangkakan pada penghujung bulan Ogos 2014 bakal diadakan peperiksaan untuk Penguasa Kastam Gred W41.

Antara jawatan yang ditawarkan oleh Kastam ialah:

Maklumat ringkas berkaitan Penguasa Kastam Gred WK41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia

Jadual Gaji:

[su_table]

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,925.00 RM8,685.00 RM225.00

[/su_table]

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; [ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; [ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Penguasa Kastam Gred WK41:

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Review Copy Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41

Kami bekerjasama dengan Tim Info Kerjaya yang akan menyediakan panduan menjawab peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41 ini nanti. Panduan ini sudah banyak membantu calon-calon peperiksaan SPA sejak tahun 2009 lagi.

Panduan ini merangkumi :

  • Contoh soalan dan jawapan peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41
  • Penerangan lengkap tugas rasmi seorang Penguasa Kastam Gred WK41
  • Tips dan panduan peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41

Klik link di bawah untuk lihat antara contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.