Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

contoh soalan temuduga penolong pegawai tadbir

Tahniah apabila anda dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29. Bukan senang nak terpanggil ke temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 ini daripada ribuan calon yang memohon.

Dalam artikel ini, anda boleh lihat contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29. Ini adalah hasil daripada feedback yang kami terima daripada calon-calon temuduga Penolong Penolong Pegawai Tadbir N29 yang lepas dan juga daripada beberapa temuduga yang lain.

Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kebanyakkan soalan yang ditanya dalam temuduga adalah sama sahaja. Cuma anda tambahan soalan bergantung kepada jawatan yang dipohon.

Sebelum anda mula membuat persiapan untuk menghadiri temuduga, anda perlu tahu dulu apakah sebab – sebab calon gagal dalam temuduga. Terdapat banyak punca yang menyebabkan calon gagal dalam temuduga tersebut.

Di sini saya hanya senaraikan punca-punca yang utama sahaja yang tidak sepatutnya anda lakukan nanti.

7 Punca Gagal Temuduga

1- Langsung tidak membuat persediaan rapi atau persediaan yang dibuat acuh tak acuh saja

Ramai menganggap apabila menerima panggilan temuduga, mereka hanya perlu dapatkan info berkenaan soalan-soalan yang bakal ditanya, dan mencari info-info di internet tanpa membuat membuat persediaan dalaman dan juga luaran. Lebih 2 tahun pemerhatian yang saya lakukan, saya dapati % mereka yang berjaya dalam temuduga adalah mereka membuat persediaan rapi untuk menghadapi temuduga. Mereka tidak bergantung sepenuhnya pada nasib. Mereka berusaha keras untuk menghadapi temuduga ini. Full komitmen! Anda bagaimana?

2- Tidak berpakaian mengikut syarat yang dinyatakan

Ini walaupun asas, masih ramai tak menyedari kepentingannya.

Bukan saja cara berpakaian yang betul, tapi kaitan pemakaian calon dengan impressi daripada panel penemuduga dan juga berhubung keyakinan diri juga perlu diketahui. Tahukah anda, dengan pemakaian yang hebat, anda bukan saja mampu memberi pengaruh pada panel penemuduga tapi mampu memberi pengaruh besar pada keyakinan anda, ketenangan anda, dan juga kehebatan anda.

3- Bersikap pasif ketika proses temuduga dijalankan

Ada calon yang bersikap pasif semasa proses temuduga dijalankan. Mereka banyak melihat lantai berbanding melihat muka penemuduga, mereka jawab sepatah apa yang ditanya oleh penemuduga, dan tiadanya body language dalam percakapan.

4- Datang lewat ketika hari temuduga

Haiyooo! Datang lewat di hari temuduga? Tidur lewat? Bahaya tu!

Walaupun anda dapat menjawab semua soalan yang ditanya, tapi penemuduga ada pandangan negatif buat anda. Pertama, anda kurang komitmen dengan kerja yang dipohon. Kedua, mungkin akan bersikap sedemikian sekiranya diterima berkhidmat kelak. Ingat tu!

5- Dokumen – dokumen yang diperlukan tidak lengkap

Ada juga tidak membawa dokumen yang diperlukan semasa temuduga. Jadi, bagaimana pendaftar/penemuduga mengesahkan akan maklumat kelayakan anda mengikut apa yang anda isikan pada borang permohonan. Jika sijil anda hilang, cuba cari dokumen sementara yang boleh bagi sokongan pada dokumen yang hilang.

Jangan hadir kosong sahaja.

6- Buta tentang perkembangan isu semasa

Ini macam katak di bawah tempurung. Apa-apa perkembangan semasa langsung tidak tahu. Apa yang terjadi pada orang sekeliling tak tahu. Apa peristiwa besar berlaku di Malaysia tak tahu. Ibarat anda duduk dalam dunia sendiri sahaja. Jadi bagaimana anda akan diambil bekerja yang mana jawatan dalan sektor kerajaan memerlukan anda sentiasa peka terhadap isu semasa terutamanya berkenaan kerjaaan.

7- Tidak jujur ketika menjawab soalan yang dikemukakan

Antara aspek yang terpenting dinilai dalam temuduga kerja kerajaan adalah kejujuran. Ramai calon yang sangka dapat jawab semua soalan, mereka boleh berjaya. Tidak sama sekali! Kejujuran adalah antara nilai yang diambil kira juga. Adakah anda menipu? Adakah anda bermain akal? Kejujuran ini lebih kepada perkara yang baik, bukan jujur mendedahkan perkara yang buruk.

Kejujuran anda untuk berkhidmat dalam kerajaan dinilai, kejujuran anda membuat persiapan temuduga dinilai dan sebagainya. Tahukah anda, ada ramai kawan anda yang tidak dapat menjawab semua soalan temuduga yang ditanya tapi mereka berjaya dipilih. Apa sebabnya? Di sinilah ’cara’ kejujuran dinilai. Bukan dinilai dari jawapan yang diberikan sahaja, tapi dari impressi wajah, nada suara, bahasa badan dan pelbagai lagi.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

Berikut merupakan antara koleksi soalan yang biasa ditanya semasa temuduga. Anda harus ingat bahawa koleksi soalan ini hanyalah sebagai panduan.

  1. Sila perkenalkan diri anda, dan ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang anda
  2. Apa yang anda sedang lakukan sekarang, adakah anda masih belajar atau sedang bekerja
  3. Siapakah nama Ketua Setiausaha Negara
  4. Boleh terangkan, apa yang anda tahu tentang Jabatan Perkhidmatan Awam
  5. Apakah tugas-tugas seorang Penolong Pegawai Tadbir
  6. Apa itu SST?
  7. Apa beza SST dan GST
  8. Boleh terangkan jenis-jenis cukai yang anda tahu
  9. Polisi kerajaan yang baru
  10. Isu semasa berkaitan kerajaan
  11. Isu semasa dunia
  12. Semasa satu operasi pencegahan penyeludupan di sempadan Malaysia, seorang “Taukeh” menyogok anda dengan sejumlah wang yang banyak. Apakah tindakan wajar yang anda perlu lakukan pada ketika itu?
  13. Katakan anda telah berjaya mendapat pekerjaan ini, anda ditempatkan di satu tempat yang amat asing bagi anda. Di tempat baru tersebut terdapat beberapa isu berbangkit yang belum diselesaikan oleh pegawai sebelum itu. Bagaimanakah anda dapat mengatasi isu berbangkit tersebut?
  14. Katakan anda dibekalkan dengan komputer riba sebagai seorang pegawai kastam, komputer tersebut didapati hilang dalam jagaan anda. Pelbagai data penting ada di dalam komputer tersebut. Apakah tindakan anda sewajarnya dalam mengatasi masalah ini?

Selain daripada soalan-soalan yang popular diatas, ada juga beberapa calon yang feedback panel temuduga ada tanya soalan peribadi seperti keluarga, status dan sebagainya. Jika anda ditanya soalan-soalan peribadi seperti ini, jangan terkejut. Panel temuduga hanya untuk melihat samada anda sesuai atau tidak dengan tugas yang bakal anda jalankan.

Kadang-kadang, ada juga panel temuduga tanya soalan yang provoke seperti soalan politik dan sebagainya. Tujuan mereka hanyalah untuk menguji anda sahaja. Anda hanya perlu bertenang dan jawab dengan professional.

Apa yang penting semasa temuduga, kekalkan suasana yang ceria semasa temuduga tanpa perlu terpengaruh dengan panel temuduga yang kadangkala kelihatan serius.

Panduan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

Untuk penerangan yang lebih terperinci berkaitan persedian sebelum temuduga, semasa temuduga dan selepas temuduga, anda amat disarankan supaya dapatkan ebook ‘Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan’.

Dalam ebook ini anda akan dapat melihat dan mengetahui apa sebenarnya yang dinilai panel temuduga.

Ramai yang sudah berjaya mendapat kerja dengan kerajaan hasil daripada ebook ini. Anda boleh lihat sendiri melalui banyak testimoni yang ada di sana.

Klik button yang ada di bawah untuk dapatkan panduan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
temuduga penolong pegawai tadbir
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.