Kekosongan Pegawai Veterinar Gred G41

Kekosongan Pegawai Veterinar Gred G41

Pegawai Veterinar Gred G41

Dalam bulan Jun ini, SPA akan melaksanankan urusan pengisian jawatan kosong untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan ini tidak perlu mendaftar semula.

Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 26 Jun 2014 jam 11.59 malam.

Calon-calon yang terdiri daripada pelajar tahun akhir dalam bidang Doktor Perubatan Veterinar atau Sains Veterinar boleh memohon secara online.

Permohonan secara online boleh dibuat di www.spa.gov.my.

Pegawai Veterinar Gred G41

Pegawai Veterinar Gred G41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Kementerian Pertanian/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM : RM1,915.00
GAJI MAKSIMUM : RM8,651.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM225.00

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam Ilmu Perubatan Veterinar atau Sains Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Bahagian I Jadual Kedua;[ Gaji Permulaan : RM2,527.99 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Veterinar Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

      • mempunyai kelayakan yang disenaraikan di bawah Jadual II Bahagian II Akta Veterinar 1974 (Akta 147) yang diiktiraf setaraf dengan Ijazah Am oleh kerajaan; dan
      • lulus Peperiksaan Khas anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, UPM dan Majlis Veterinar Malaysia; dan
      • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya, memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguat kuasa undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat karantina dan membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan Jabatan dan lain-lain tugas pentadbiran Jabatan.

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.