Perintah Kawalan Pergerakan: Tambahan Larangan Di Selangor

perintah kawalan pergerakan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan kawalan tambahan untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi negeri Selangor.

Ia berkuatkuasa serta merta sehingga 31 Mac 2020 seperti yang diumumkan melalui Perintah Kawalan Pergerakan dari kerajaan persekutuan.

Antara arahan tambahan yang penting ialah:

  • Restoran, gerai makanan dan kedai serbaneka hanya boleh dibuka dari jam 6 pagi hingga 12 malam semasa PKP.
  • Perkhidmatan food truck tidak dibenarkan.
  • Pasar tani dan pasar malam juga tidak dibenarkan beroperasi.
  • Bengkel dan kedai alatganti boleh dibuka antara jam 9 pagi hingga 4 petang.
  • Perkhidmatan tunda dibenarkan beroperasi 24 jam tanpa batas.
  • Stesen minyak juga boleh beroperasi selama 24 jam, tetapi kedai serbaneka di dalam stesen perlu ditutup pada jam 12 tengah malam.
  • Kesemua jenis kedai dobi dan basuh kenderaan tidak dibenarkan dibuka.

Di bawah ialah penerangan lengkap oleh kerajaan Selangor berkaitan tambahan larangan tersebut.

perintah kawalan pergerakan

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.