Panduan Memohon Bantuan Kewangan Sementara RM600 Untuk Pekerja Diberi Cuti Tanpa Gaji (Program Pengekalan Pekerjaan)

program pengekalan pekerjaan

Bagaimana hendak memohon program pengekalan pekerjaan (ERP) untuk pekerja terima notis cuti tanpa gaji?

Bantuan ini disediakan oleh pihak Perkeso. Bantuan yang diterima akan disalurkan kepada pihak majikan dan seterusnya majikan akan salurkan terus kepada pekerja yang terbabit.

Apa itu Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)?

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) ialah bantuan kewangan segera sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji kesan ekonomi akibat Covid-19.

Syarat kelayakan menerima Program Pengekalan Pekerjaan

  • Semua pekerja sektor swasta termasuk pekerja sambila yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP
  • Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja
  • Majikan yang telah melaksanakan cuti tanpa gaji (minimum 30 hari) antara 1 bulan hingga 6 bulan (notis yang telah dikeluarkan bagi tempoh mulai 1 Mac 2020)

Berapa lama tempoh bantuan?

Antara 1 hingga 6 bulan berdasarkan tempoh notis cuti tanpa gaji daripada majikan.

Kadar bayaran bantuan kewangan adalah bergantung kepada tempoh notis
mula cuti tanpa gaji (CTG). Sekiranya tarikh notis mula CTG adalah sebulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 sebulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat.

Sekiranya tempoh notis mula CTG adalah 2 bulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 bagi setiap bulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1,200.

Cara memohon Program Pengekalan Pekerjaan

Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka melalui Borang Permohonan ERPC-19 bermula 20 Mac 2020.

Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui email: erpc19@perkeso.gov.my

Majikan yang mengemukakan apa-apa maklumat palsu, tidak benar atau mengelirukan kepada PERKESO atau majikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja, boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan.

Senarai Pekerja hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut:

  • Nama Penuh Pekerja
  • Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
  • Nama Jawatan (job title)
  • Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  • Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi

Kaedah pembayaran

Bayaran ERP akan dikreditkan kepada akaun majikan dan majikan bertanggungjawab untuk mengkreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.

ERP ini bertujuan untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka. Pekeliling Majikan dan senarai FAQ boleh diperolehi di laman web PERKESO dalam masa yang terdekat. 

Pertanyaan Berkaitan Program Pengekalan Pekerjaan

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1 300 22 8000 atau emel perkesoperkeso.qov.my.

Untuk mengikuti perkembangan terkini berkaitan SIP dan program ERR, sila layari microsite eiscentre.perkeso.gov.my

Pautan Berkaitan Program Pengekalan Pekerjaan

1) KENYATAAN MEDIA PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI

2) PEKELILING MAJIKAN BIL.2 TAHUN 2020

3) BORANG – PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 – PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)

4) BORANG – ERPC-19

5) SOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN – EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.