COVID-19: Pengeluaran i-Lestari RM500 Sebulan Dari Akaun 2 KWSP

pengeluaran i lestari akaun 2

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin baru sahaja mengumumkan semua pencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan simpanan mereka dalam akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 1 tahun bermula dari 1 April 2020 ini.

Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Langkah ini diumumkan sebagai salah satu langkah kerajaan untuk membantu para pencarum yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Kata Perdana Menteri, langkah ini juga dapat membantu disamping pengumuman pengurangan potongan KWSP melalui gaji bermula 1 April yang telah diumumkan sebelum ini.

Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.

Perdana Menteri Malaysia

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.