PTD diminati lulusan universiti masa kini

PTD diminati lulusan universiti masa kini

ptd

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) ialah antara kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam yang diminati oleh lulusan universiti. Sekiranya anda berhasrat untuk sampai ke puncak dalam perkhidmatan awam, maka pilihlah kerjaya sebagai PTD.

Memandangkan anda berminat menyertai kerjaya ini, anda perlulah mempunyai kelayakan akademik, seorang yang dinamik, bercita-cita tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan negara.

Jawatan itu digolongkan di bawah kumpulan perkhidmatan pengurusan dan professional dan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jawatan itu agak unik berbanding jawatan lain dalam sektor awam kerana calon perlu melalui beberapa tahap saringan sebelum dilantik ke jawatan itu secara tetap.

Calon yang memohon dan layak akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD. Selepas lulus peperiksaan itu, calon akan dipanggil untuk menghadiri Assessment Centre di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hanya calon yang melepasinya akan ditemu duga.

Calon yang berjaya akan dilantik ke jawatan PTD oleh SPA dan perlu mengikuti latihan di Intan. Selepas menamatkan latihan, calon akan dianugerahkan Diploma Pengurusan Awam (DPA) dan seterusnya disahkan dalam perkhidmatan sebagai PTD.

Bidang Tugas PTD

Secara umumnya, antara tugas yang perlu dilaksanankan oleh seorang PTD termasuklah merancang, menggubal dan melaksanankan dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan dan ekonomi.

Pegawai itu juga perlu menjalankan urusan pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.

Selain itu, seorang PTD terbabit dengan tugas lebih mencabar meliputi hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negara, keselamatan, pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Apa yang menarik, PTD juga diberi peluang untuk berkhidmat sebagai pegawai di Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara.

Kelayakan PTD

Untuk maklumat, kerjaya ini boleh diceburi oleh calon daripada sebarang bidang pengkhususan daripada universiti tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syaratnya, calon perlu mempunyai kelayakan akademik iaitu ijazah sarjana muda kepujian. Jawatan ini juga terbuka kepada kelulusan peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Di samping itu, anda perlu lulus peperiksaan PTD. Calon juga perlu mendapat kepujian Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Latihan PTD

Untuk menjadikan pegawai PTD mudah yang baru dilantik itu memiliki tahap pengetahuan, kemarihan dan budaya kerja yang cemerlang, program khusus telah diatur bagi mencapai matlamat itu.

Secara umumnya, terdapat empat tahap latihan yang perlu diikuti oleh pegawai PTD yang baru iaitu, Tahap 1 (Kursus PTD Unggul), Tahap 2 (Penempatan di Kementerian/Jabatan), Tahap 3 (Kursus Diploma Pengurusan Awam) dan Tahap 4 (PTD Training Roadmap).

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program latihan PTD dengan melayari laman web Intan di www.intan.gov.my

Ciri yang diperlukan PTD

Selain minat yang tinggi dan kelayakan akademik, anda perlu memiliki ciri-ciri seperti:

  • Bercita-cita tinggi dan berdedikasi
  • Seorang yang dinamik
  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan
  • Berminat dalam bidang pentadbiran dan pengurusan
  • Sanggup bekerja di luar negara
  • Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
  • Mahir berkomunikasi

Peluang kerjaya PTD

Kerjaya itu dilihat mempunyai peluang yang baik kerana sentiasa diperlukan. Tidak hairanlah ramai yang meminati menceburi profesion itu. Setiap kali jawatan ini dibuka, puluhan ribu siswazah akan menghantar permohonan mereka.

Permohonannya pula bukan saja daripada kalangan lepasan ijazah pertama, mereka yang berkelulusan lebih tinggi juga berminat berbuat demikian.

Hal ini mungkin disebabkan ramai yang menganggap jawatan ini sebagai ‘glamor’ berbanding yang lain dalam perkhidmatan awam. Tambahan pula, jawatan PTD menawarkan gaji dan peluang kenaikan pangkat yang lebih baik berbanding jawatan pegawai tadbir lain selain menikmati elaun serta pelbagai insentif.

Pada masa ini, seorang PTD yang berkelulusan sarjana muda akan ditawarkan gaji permulaan sebanyak RM1,993 sebulan. Calon dengan kelulusan sarjana ditawarkan RM2,269 sementara lulusan PhD menerima RM2,544 sebulan. Penjawat PTD juga menerima beberapa elaun lain seperti imbuhan khidmat awam dan perumahan. Jika berkhidmat di luar negara, jumlah elaun yang diterima lebih tinggi.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerjaya PTD dengan melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di alamat www.spa.gov.my.

Pihak Tim Tips Kerjaya juga akan bekerjasama dengan Tim Info Kerjaya untuk menghasilkan panduan menjawab peperiksaan PTD.

ptd

Tahukan Anda, Kenapa Anda Patut Mendapatkan Panduan Ini?

ptd ptd ptd

  • Teknik ni terbukti berkesan! Samada anda percaya atau tidak, lihatlah testimonial-testimonial dari pengguna teknik dan tips yang saya dedahkan! “
  • Teknik ni sesuai untuk semua orang, baru atau lama! Ya benar! Ada yang pertama kali mengambil peperiksaan tapi terus lulus, ada juga yang sudah banyak kali mendapat panggilan tetapi masih gagal namun boleh lulus dengan panduan kali ini.
  • Teknik ini dari pakar yang berpengalaman. Kalau kami tidak berpengalaman dalam menyediakan panduan yang hebat kami, sudah tentu kami tidak dapat bertahan sebagaimana sekarang! Bayangkan, kami dipercayai dari tahun 2009 membantu mereka yang terpilih!

Ini sebabnya ..

Perkongsian bernilai tinggi, yang pasti anda inginkan!

Sudahlah… Malas saya cakap banyak lagi! Pendek kata, anda nak hasilnya, anda perlu pelajari daripada apa yang dikongsikan dalam panduan ini nanti. Anda tak nak pun, kami tak kisah!

Kami tidak rugi! Hanya mereka yang ingin berjaya saja akan dapatkan Panduan Khas PTD ini. Yang banyak soal, banyak berkira, mereka memang tak sesuai! Mereka tak layak untuk belajar ilmu dari kami ni! Oppss! hehe.

Kami tahu… Anda memang dah tak sabar-sabar nak membeli panduan ini! Katakan, Saya pilih untuk LULUS!

Anda boleh mendaftar nama dan emel anda dalam borang di bawah. Kami akan memaklumkan ke emel yang anda daftar apabila panduan ini telah siap.

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.