Skema Soalan Wajib Temuduga Kerja Kerajaan

temuduga kerja

Seperti kebiasaan, sesiapa di panggil ke temuduga kerja kerajaan, sudah tentu berdebar-debar menjelang temuduga anda.

Dalam artikel ini, anda boleh lihat contoh soalan temuduga kerja kerajaan yang memang biasa ditanya ketika temuduga. Ini adalah hasil daripada feedback yang kami terima daripada calon-calon beberapa temuduga kerja kerajaan.

Tip Mudah Untuk Hadir & Sukses Temuduga Kerja Kerajaan

Temuduga kerajaan ni lain sikit dari temuduga swasta.

Skop penilaian dan tapisan berbeza.

Untuk kerajaan pastikan anda dah equip persediaan dengan perkara ini.

1 – Faham jawatan anda

Tahu ianya berkaitan dengan kementerian mana. Di bawah jabatan apa. Apa agensi yang terlibat. Jika anda tak perasan, sebenarnya setiap kementerian ada JABATAN dan AGENSI di bawahnya.

Studi semua itu. Nampak simple tapi anda kena faham struktur perjawatan itu

2 – Faham fungsi

Cuba cari maklumat berkaitan tugasan dan fungsi kementerian/jabatan/agensi terlibat

3 – Tahu apa KPI dan inisiatif

Dari maklumat [1] dan [2] itu cuba cari apa inisiatif yang dijalankan oleh mereka.

Tahu apa objektif program mereka dan apa KPI yang hendak dicapai oleh mereka

[1], [2] dan [3] ini adalah penentu kejayaan besar anda dalam temuduga kerajaan yang spesifik.

Anda akan nampak lebih layak untuk jawatan itu.

Benda PENTING yang anda kena tahu adalah..

“PENEMUDUGA adalah PEGAWAI dari KEMENTERIAN/JABATAN itu!”

Yup. Salah seorang penemuduga adalah pegawai spesifik kementerian tersebut dan pegawai temuduga SPA.

Itu adalah 2 panel wajib temuduga kerajaan ditambah dengan panel jemputan.

Saya nak kongsikan 1 tips temuduga khas untuk anda.

Skema soalan ‘wajib’ temuduga kerja kerajaan

MENGAPA KAMI PERLU MEMILIH ANDA?

Ini merupakan soalan yang popular yang sering ditanya oleh panel penemuduga. Masa inilah anda perlu “market”kan diri anda sendiri.

Ambil peluang terbaik ini.

Ceritakan:

Kelayakan anda
Kebolehan bekerjasama anda
Senang berurusan dengan anda

Dan lain-lain lagi yang bagus tentang anda yang boleh me”market”kan diri anda berbanding dengan orang lain.

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan?

Tapi, cuba anda menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,…

Pasti anda teragak-agak untuk menjawabnya bukan?

Anda pasti terfikir seperti ini:-

“Apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji diri sendiri, nanti orang kata masuk bakul angkat sendiri”

Kebanyakan calon temuduga gagal ketika menjawab soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini:

“Saya memang minat kerja ni, saya memang patut dapat”

“Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA tinggi ni di universiti”

“Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama juga seperti saya minta ni, jadi saya memang dah tahu macamana kerjanya”

“Saya dari dulu memang minat sangat jawatan ini, dari zaman saya sekolah lagi”
… dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang tepat yang diberikan oleh calon.

Boleh jawab seperti ini tapi MARKAH PENILAIAN anda juga akan BERKURANG 🙁

Apa jawapan yang TEPAT dan MARKAH LEBIH?

Jawapan dan SKRIP soalan ini kita kongsikan di MUKASURAT 67 & 68 rujukan Temuduga Kerja Kerajaan (versi 2018).

Untuk anda yang serius nak berjaya dalam temuduga kerajaan, ini rujukannya:

temuduga kerja
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

Untuk penerangan yang lebih terperinci berkaitan persedian sebelum temuduga, semasa temuduga dan selepas temuduga, anda amat disarankan supaya dapatkan ebook ‘Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan’.

Dalam ebook ini anda akan dapat melihat dan mengetahui apa sebenarnya yang dinilai panel temuduga.

Ramai yang sudah berjaya mendapat kerja dengan kerajaan hasil daripada ebook ini. Anda boleh lihat sendiri melalui banyak testimoni yang ada di sana.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Feedback!

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Positive SSL

PREVIEW COPY PERCUMA: Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

angle-double-right
angle-double-left