Temuduga Pegawai Siasatan SPRM P41

temuduga pegawai siasatan suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia

Tahniah apabila anda dipanggil ke temuduga Pegawai Siasatan SPRM P41. Bukan senang nak terpanggil ke temuduga Pegawai Siasatan SPRM P41 ini daripada ribuan calon yang memohon.

Dalam artikel ini, anda boleh lihat contoh soalan temuduga Pegawai Siasatan SPRM P41. Ini adalah hasil daripada feedback yang kami terima daripada calon-calon temuduga Pegawai Siasatan SPRM P41 yang lepas dan juga daripada beberapa temuduga yang lain.

Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kebanyakkan soalan yang ditanya dalam temuduga adalah sama sahaja. Cuma anda tambahan soalan bergantung kepada jawatan yang dipohon.

Sebelum anda mula membuat persiapan untuk menghadiri temuduga, anda perlu tahu dulu apakah sebab – sebab calon gagal dalam temuduga. Terdapat banyak punca yang menyebabkan calon gagal dalam temuduga tersebut.

Di sini saya hanya senaraikan punca-punca yang utama sahaja yang tidak sepatutnya anda lakukan nanti.

7 Punca Gagal Temuduga

1- Langsung tidak membuat persediaan rapi atau persediaan yang dibuat acuh tak acuh saja

Ramai menganggap apabila menerima panggilan temuduga, mereka hanya perlu dapatkan info berkenaan soalan-soalan yang bakal ditanya, dan mencari info-info di internet tanpa membuat membuat persediaan dalaman dan juga luaran. Lebih 2 tahun pemerhatian yang saya lakukan, saya dapati % mereka yang berjaya dalam temuduga adalah mereka membuat persediaan rapi untuk menghadapi temuduga. Mereka tidak bergantung sepenuhnya pada nasib. Mereka berusaha keras untuk menghadapi temuduga ini. Full komitmen! Anda bagaimana?

2- Tidak berpakaian mengikut syarat yang dinyatakan

Ini walaupun asas, masih ramai tak menyedari kepentingannya.

Bukan saja cara berpakaian yang betul, tapi kaitan pemakaian calon dengan impressi daripada panel penemuduga dan juga berhubung keyakinan diri juga perlu diketahui. Tahukah anda, dengan pemakaian yang hebat, anda bukan saja mampu memberi pengaruh pada panel penemuduga tapi mampu memberi pengaruh besar pada keyakinan anda, ketenangan anda, dan juga kehebatan anda.

3- Bersikap pasif ketika proses temuduga dijalankan

Ada calon yang bersikap pasif semasa proses temuduga dijalankan. Mereka banyak melihat lantai berbanding melihat muka penemuduga, mereka jawab sepatah apa yang ditanya oleh penemuduga, dan tiadanya body language dalam percakapan.

4- Datang lewat ketika hari temuduga

Haiyooo! Datang lewat di hari temuduga? Tidur lewat? Bahaya tu!

Walaupun anda dapat menjawab semua soalan yang ditanya, tapi penemuduga ada pandangan negatif buat anda. Pertama, anda kurang komitmen dengan kerja yang dipohon. Kedua, mungkin akan bersikap sedemikian sekiranya diterima berkhidmat kelak. Ingat tu!

5- Dokumen – dokumen yang diperlukan tidak lengkap

Ada juga tidak membawa dokumen yang diperlukan semasa temuduga. Jadi, bagaimana pendaftar/penemuduga mengesahkan akan maklumat kelayakan anda mengikut apa yang anda isikan pada borang permohonan. Jika sijil anda hilang, cuba cari dokumen sementara yang boleh bagi sokongan pada dokumen yang hilang.

Jangan hadir kosong sahaja.

6- Buta tentang perkembangan isu semasa

Ini macam katak di bawah tempurung. Apa-apa perkembangan semasa langsung tidak tahu. Apa yang terjadi pada orang sekeliling tak tahu. Apa peristiwa besar berlaku di Malaysia tak tahu. Ibarat anda duduk dalam dunia sendiri sahaja. Jadi bagaimana anda akan diambil bekerja yang mana jawatan dalan sektor kerajaan memerlukan anda sentiasa peka terhadap isu semasa terutamanya berkenaan kerjaaan.

7- Tidak jujur ketika menjawab soalan yang dikemukakan

Antara aspek yang terpenting dinilai dalam temuduga kerja kerajaan adalah kejujuran. Ramai calon yang sangka dapat jawab semua soalan, mereka boleh berjaya. Tidak sama sekali! Kejujuran adalah antara nilai yang diambil kira juga. Adakah anda menipu? Adakah anda bermain akal? Kejujuran ini lebih kepada perkara yang baik, bukan jujur mendedahkan perkara yang buruk.

Kejujuran anda untuk berkhidmat dalam kerajaan dinilai, kejujuran anda membuat persiapan temuduga dinilai dan sebagainya. Tahukah anda, ada ramai kawan anda yang tidak dapat menjawab semua soalan temuduga yang ditanya tapi mereka berjaya dipilih. Apa sebabnya? Di sinilah ’cara’ kejujuran dinilai. Bukan dinilai dari jawapan yang diberikan sahaja, tapi dari impressi wajah, nada suara, bahasa badan dan pelbagai lagi.

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Siasatan SPRM P41

Berikut merupakan antara koleksi soalan yang biasa ditanya semasa temuduga. Anda harus ingat bahawa koleksi soalan ini hanyalah sebagai panduan.

  1. Sebutkan 3 bahagian utama yang terdapat dalam Sektor Pencegahan.
  2. Apa yang boleh anda huraikan tentang Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan?
  3. Bahagian Pengurusan Integriti Agensi mempunyai 3 cawangan utama, pilih salah satu darinya dan ceritakan secara ringkas.
  4. Salah satu daripada 6 bidang yang difokuskan oleh Pemeriksaan & Khidmat Nasihat ialah Penguatkuasaan. Bagaimana Penguatkuasaan boleh membantu mengurangkan jenayah rasuah?
  5. Apakah salah satu dari 5 prinsip Ikrar Integriti Korporat?
  6. Anda ternampak satu aktiviti rasuah yang berlaku dalam organisasi tempat anda bekerja. Bagaimana anda hendak melaporkan kegiatan tersebut kepada SPRM?
  7. Bagaimanakah proses siasatan SPRM berjalan?
  8. Sebagai pemberi maklumat, apakah jaminan yang diberikan oleh SPRM?
  9. Mereka yang ditangkap oleh SPRM turut diberikan hak-hak tertentu. Apakah contoh hak yang mereka ada?
  10. Bagaimana anda nak cari pesalah-pesalah rasuah yang pernah ditahan oleh SPRM?
  11. Berapa peratuskah Penjawat Awam yang ditangkap kerana terlibat dengan rasuah pada bulan Jun 2018?
  12. Apakah komen anda tentang larangan kepada Penjawat Awam untuk menyertai Skim Cepat Kaya?
  13. Apakah tujuan penubuhan Unit Integriti?
  14. Terangkan apa itu My Integrity Assesment (MyIA).
  15. Apakah contoh kejayaan operasi SPRM di Malaysia yang terkini?

Baca Juga: Skema Soalan Wajib Temuduga Kerja Kerajaan (klik)

Selain daripada soalan-soalan yang popular diatas, ada juga beberapa calon yang feedback panel temuduga ada tanya soalan peribadi seperti keluarga, status dan sebagainya. Jika anda ditanya soalan-soalan peribadi seperti ini, jangan terkejut. Panel temuduga hanya untuk melihat samada anda sesuai atau tidak dengan tugas yang bakal anda jalankan.

Kadang-kadang, ada juga panel temuduga tanya soalan yang provoke seperti soalan politik dan sebagainya. Tujuan mereka hanyalah untuk menguji anda sahaja. Anda hanya perlu bertenang dan jawab dengan professional.

Apa yang penting semasa temuduga, kekalkan suasana yang ceria semasa temuduga tanpa perlu terpengaruh dengan panel temuduga yang kadangkala kelihatan serius.

Panduan Temuduga Pegawai Siasatan SPRM P41

Untuk penerangan yang lebih terperinci berkaitan persedian sebelum temuduga, semasa temuduga dan selepas temuduga, anda amat disarankan supaya dapatkan ebook ‘Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan‘.

Dalam ebook ini anda akan dapat melihat dan mengetahui apa sebenarnya yang dinilai panel temuduga.

Ramai yang sudah berjaya mendapat kerja dengan kerajaan hasil daripada ebook ini. Anda boleh lihat sendiri melalui banyak testimoni yang ada di sana.

Klik button yang ada di bawah untuk dapatkan panduan temuduga
Pegawai Siasatan SPRM P41

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
temuduga kerja

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PREVIEW COPY PERCUMA: Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

angle-double-right
angle-double-left