Temuduga Kerajaan: Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Temuduga

Untuk bergelar penjawat awam, anda perlu melalui tapisan temuduga kerajaan terlebih dahulu menerusi SPA atau Kerajaan Negeri mahu pun Kementerian atau Agensi yang terbabit. Apabila anda telah mengisi borang permohonan jawatan SPA, nama anda akan ditapis dan dipanggil ke sesi peperiksaan dan seterusnya ke sesi temuduga. Untuk menghadiri sesi temuduga kerajaan, anda perlu tahu beberapa perkara asas dahulu. Teruskan bacaan anda untuk mendapatkan tips-tips tersebut.

Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga kerajaan

temuduga kerajaan

Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga kerajaan. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.

  1. Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
  1. Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
  1. Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
  1. Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
  1. Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.
  1. Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.

Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.

Download ebook PERCUMA: Asas Bagaimana Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan di sini

temuduga

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.