Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Tahniah apabila anda dipanggil ke temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29. Bukan senang nak terpanggil ke temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 ini daripada ribuan calon yang memohon.

Dalam artikel ini, anda boleh lihat contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29. Ini adalah hasil daripada feedback yang kami terima daripada calon-calon temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 yang lepas dan juga daripada beberapa temuduga yang lain.

Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kebanyakkan soalan yang ditanya dalam temuduga adalah sama sahaja. Cuma anda tambahan soalan bergantung kepada jawatan yang dipohon.

Contohnya jika anda dipanggil ke temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29, sudah tentu soalannya berkisar tentang Kastam Diraja Malaysia, tugas-tugas seorang Penolong Penguasa Kastam WK29, beberapa akta yang terlibat dan juga isu-isu terkini melibatkan Kastam.

Panel temuduga boleh terdiri daripada 3 hingga 4 orang. Mereka ini adalah wakil daripada SPA, JPA dan Kastam Diraja Malaysia.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Berikut merupakan antara koleksi soalan yang biasa ditanya semasa temuduga. Anda harus ingat bahawa koleksi soalan ini hanyalah sebagai panduan.

Anda harus jangkakan boleh jadi soalan-soalan temuduga ditanya diluar daripada skop Kastam Diraja Malaysia.

  1. Sila perkenalkan diri anda, dan ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang anda
  2. Apa yang anda sedang lakukan sekarang, adakah anda masi belajar atau sedang bekerja
  3. Siapakah nama Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia
  4. Boleh terangkan, apa yang anda tahu tentang Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
  5. Apakah tugas-tugas seorang Penolong Penguasa Kastam
  6. Apa itu SST?
  7. Apa beza SST dan GST
  8. Boleh terangkan jenis-jenis cukai yang anda tahu
  9. Siapakah nama Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia ketika GST diperkenalkan
  10. Apakah kementerian yang terlibat menguruskan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
  11. Sebutkan badan-badan dunia atau organisai antarabangsa yang terlibat dengan kerjasama Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia
  12. Polisi kerajaan yang baru
  13. Isu semasa berkaitan kerajaan
  14. Isu semasa dunia
  15. Semasa satu operasi pencegahan penyeludupan di sempadan Malaysia, seorang “Taukeh” menyogok anda dengan sejumlah wang yang banyak. Apakah tindakan wajar yang anda perlu lakukan pada ketika itu?
  16. Katakan anda telah berjaya mendapat pekerjaan ini, anda ditempatkan di satu tempat yang amat asing bagi anda. Di tempat baru tersebut terdapat beberapa isu berbangkit yang belum diselesaikan oleh pegawai sebelum itu. Bagaimanakah anda dapat mengatasi isu berbangkit tersebut?
  17. Katakan anda dibekalkan dengan komputer riba sebagai seorang pegawai kastam, komputer tersebut didapati hilang dalam jagaan anda. Pelbagai data penting ada di dalam komputer tersebut. Apakah tindakan anda sewajarnya dalam mengatasi masalah ini?

Selain daripada soalan-soalan yang popular diatas, ada juga beberapa calon yang feedback panel temuduga ada tanya soalan peribadi seperti keluarga, status dan sebagainya. Jika anda ditanya soalan-soalan peribadi seperti ini, jangan terkejut. Panel temuduga hanya untuk melihat samada anda sesuai atau tidak dengan tugas yang bakal anda jalankan.

Kadang-kadang, ada juga panel temuduga tanya soalan yang provoke seperti soalan politik dan sebagainya. Tujuan mereka hanyalah untuk menguji anda sahaja. Anda hanya perlu bertenang dan jawab dengan professional.

Apa yang penting semasa temuduga, kekalkan suasana yang ceria semasa temuduga tanpa perlu terpengaruh dengan panel temuduga yang kadangkala kelihatan serius.

temuduga penolong penguasa kastam

Temuduga Kastam

Masukkan nama dan email di bawah untuk dapatkan nota temuduga Perjawatan Kastam

envelope
envelope

Panduan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Untuk penerangan yang lebih terperinci berkaitan persedian sebelum temuduga, semasa temuduga dan selepas temuduga, anda amat disarankan supaya dapatkan ebook ‘Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan’.

Dalam ebook ini anda akan dapat melihat dan mengetahui apa sebenarnya yang dinilai panel temuduga.

Ramai yang sudah berjaya mendapat kerja dengan kerajaan hasil daripada ebook ini. Anda boleh lihat sendiri melalui banyak testimoni yang ada di sana.

Klik button yang ada di bawah untuk dapatkan panduan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

temuduga penolong penguasa kastam

temuduga penolong penguasa kastam

 

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Positive SSL