Tugas Pegawai Siasatan SPRM

pegawai siasatan suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia

Pegawai Siasatan Suruhanjaya Pencegahanan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan yang terpenting dalam misi membanteras jenayah rasuah dengan mengendalikan fungsi teras SPRM iaitu penyiasatan. Sebagaimana yang digambarkan oleh namanya, peranan jawatan ini tertakluk kepada subseksyen 7(a) dan (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009. Siasatan kes adalah dijalankan secara berkumpulan menggunakan kaedah Pengurusan Siasatan Berpasukan (MTI) bagi mempercepatkan proses siasatan dan menghasilkan Kertas Siasatan yang lebih telus dan berkualiti.

Sebelum anda tahu mengenai tugas seorang Pegawai Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya akan terangkan serba sedikit mengenai jawatan ini.

Info Pegawai Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Kumpulan: Pelaksana/ Pengurusan dan Profesional(Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Jadual gaji:

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
P29RM1,824.00RM5,801.00RM150.00
P31RM3,159.00RM6,503.00RM170.00
P37RM3,817.00RM8,141.00RM200.00
P41RM2,502.00RM9,803.00RM230.00
P43RM4,009.00RM10,908.00RM255.00
P47RM5,374.00RM12,078.00RM275.00
P51RM6,108.00RM12,768.00RM295.00
P53RM6,878.00RM13,568.00RM325.00

Syarat lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a- warganegara Malaysia;
b- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c- Ijazah
i- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,502.00); atau
ii- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,616.65); atau
iii- Ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
(Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,732.18); atau
iv- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM2,963.24); atau
v- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM2,963.24); atau
vi- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM3,078.77); atau
vii- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM3,194.30);

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Pegawai Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Seorang pegawai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mempunyai tanggungjawab dalam menjalankan tugas dalam aspek berikut:

Aspek Siasatan
– Mengkaji maklumat yang hendak dibuat aduan atau menemubual pengadu yang hendak membuat aduan.
– Membuat perancangan dan mengambil tindakan untuk menjalankan siasatan terbuka sama ada secara operasi pembongkaran, operasi mengejut, operasi perangkap atau siasatan biasa.
– Menjalankan pembongkaran, penyemakan dokumen dan penyitaan dokumen atau harta benda yang berkaitan.
– Menjalankan money trial dan asset tracing untuk mengesan wang hasil rasuah terutamanya yang melibatkan harta yang berlebihan menggunakan forensik perakaunan

Aspek Pendidikan Masyarakat
– Menyampaikan ceramah pencegahan rasuah kepada kumpulan sasaran sektor awam, swasta, pelajar, NGO dan parti politik serta orang ramai.
– Melaksanakan program dialog, diskusi, majlis penerangan, taklimat dan wacana kepada sektor awam, swasta, pelajar, NGO dan politik.
– Menyelaraskan dan melaksanakan program-program kemasyarakatan seperti gotong-royong dan gerak mesra.
– Membuat persembahan bermesej menggunakan pendekatan muzikal yang mengandungi lagu-lagu anti rasuah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang gejala rasuah kepada masyarakat.

Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
– Mengkaji dasar, undang-undang, peraturan serta amalan, sistem dan tatacara yang diguna pakai oleh sesebuah jabatan kerajaan yang membuka ruang dan peluang berlakunya rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta membuat perakuan untuk membaikinya.
– Menjalankan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan tatacara yang diguna pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan.
– Membantu memberi khidmat nasihat kepada sesebuah jabatan kerajaan tentang cara bagaimana rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dapat dicegah dengan berkesan oleh jabatan kerajaan berkenaan
– Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan dalaman di SPRM bagi mengemas kini dan memperbaiki atau membangunkan sesuatu sistem dan tatacara tertentu.

Aspek Perundangan dan Pendakwaan
– Berurusan dengan Timbalan Pendakwa Raya.
– Membuat laporan statistik kes pendakwaan.
– Membuat laporan kes pendakwaan yang telah selesai.
– Menguruskan permohonan sapina dan lain-lain permohonan bersangkutan dengan perbicaraan

Aspek Penyelidikan dan Perancangan
– Menyediakan Laporan Harian, Laporan Mingguan, Laporan Bulanan, Laporan Suku Tahun, Laporan Tahunan Bahagian dan SPRM.
– Menyelaras dan menjalankan Kajian Keberkesanan Program-Program Pencegahan Rasuah di seluruh negara.
– Membantu merangka soalan-soalan kaji selidik dan menjadi Enumerator bagi kajian-kajian yang dijalankan.
– Menyediakan anggaran bajet program-program pencegahan rasuah diperingkat bahagian.

Aspek Latihan
– Membantu mengendali dan menyelaras program latihan yang berkaitan dengan aktiviti siasatan, perisikan, perundangan, pendakwaan, pemeriksaan dan perundingan, pendidikan masyarakat, latihan, pengurusan, pentadbiran dan kewangan dan kursus pencegahan rasuah yang melibatkan peserta-peserta luar negara.
– Membantu memantau dan memastikan peralatan dan bahan kursus disediakan sepenuhnya.
– Membantu memantau dan memastikan Borang Penilaian Kursus dan Borang Penilaian Penceramah disediakan secukupnya dan diedarkan kepada peserta serta dikembalikan untuk penyediaan laporan
– Membantu dalam mengendalikan penyelidikan latihan kajian penilaian impak kursus, analisis keperluan latihan, penilaian latihan dan penilaian penceramah.

Aspek Keselamatan
– Membantu Ketua Unit Keselamatan Fizikal, Unit Keselamatan Dokumen, Unit Keselamatan ICT dan Unit Keselamatan Peribadi.
– Membantu mengurus kawalan keselamatan penghantaran,pergerakan dan penyimpanan dokumen berperingkat.
– Membantu mengurus pelantikan pegawai pengelasan.
– Membantu mengurus penyediaan profil dan tapisan keselamatan peribadi.


Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Feedback!

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Positive SSL