Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik pada 1 November 2014 yang lalu. Hari ini, 3 November 2014 keputusan diumumkan, ramai yang lulus. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Langkah seterusnya sebelum ditawarkan jawatan sebagai seorang PTD, anda perlu lulus temuduga pegawai tadbir diplomatik terlebih dahulu.

Adakah anda sedang mencari maklumat atau info mengenai Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)? Masih tak faham apa itu Pegawai Tadbir Diplomatik dan tugasnya. PTD merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan-badan antarabangsa.

Menyusur sejarah, skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir Diplomatik.

[su_button url=”http://www.tipskerjaya.my/daftar-panduan-temuduga-ptd/” target=”blank” style=”stroked” background=”#fbe639″ color=”#120f0f” size=”7″ radius=”10″ icon=”icon: arrow-circle-right” icon_color=”#131313″]Download Rahsia Lulus Temuduga PTD M41 2014[/su_button]

Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang mudah. Sebab itu ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri. Proses pemilihanya kalu dinilai merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus melalui 3 peringkat ujian yang bekal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.

Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan ptd, mungkin ada masalah dengan kelulusan anda. Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya kerana ujian ptd menuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting. Dalam kata lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca itulah persediaan utuh untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik untuk dinilai dengan lebih dekat. Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu temuduga. Dijangkakan pada tahun ini akan diadakan peperiksaan esei BM dan BI terlebih dahulu sebelum calon ditemuduga.

Pada tahun 2013 satu perubahan besar diimplimentasikan iaitu semua calon yang lulus temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik akan dimasukkan sebagai Kadet PTD. Dalam proses ini mereka akan dilatih dan perlu melalui latihan termasuk latihan fizikal di kem-kem INTAN terpilih.

Kadet PTD akan menjalani Kursus Kadet PTD selama 1 tahun termasuk 7 bulan kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) yang dikatakan sangat mencabar. Jika anda mengikuti akhbar tempatan tahun 2014 ada satu berita mengenai tragedi yang menimpa salah seorang calon kadet PTD ini.

Tetapi ianya masuk dalam kategori kemalangan dan tidak akan mematahkan semangat calon Pegawai Tadbir Diplomatik. Ianya adalah satu ujian persediaan dalam melahirkan Pegawai PTD yang berkualiti tinggi sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang akan dipikul dalam menguruskan Negara.

temuduga pegawai tadbir diplomatik

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik

1. apa kaitan bidang ijazah yang dipelajari dengan PTD?
2. panel tanyakan bidang kerja sekarang. tetap atau probation. kenapa mereka perlu pilih kita sebagai PTD. yakinkan mereka.
3. apa sumbangan bidang IT kepada kerajaan?
4. apa itu MSC?
5. apa dia 7 aplikasi perdana dan terangkan serba sedikit tentang aplikasiaplikasi tersebut?
6. ada berapa agensi dari seluruh dunia yang bekerjasama dengan MSC? Sebutkan beberapa nama
7. apakah dia bidang-bidang tugas PTD?
8. nasional integriti
9. sebutkan nama beberapa kementerian yang ada
10. sebutkan hirarki pemerintahan dalam malaysia
11. bagaimana parlimen dibentuk? berapa orang yang perlu ada dalam parlimen?
12. soalan situasi. bagaimana anda ingin meyakinkan panel jika anda menghadapi masalah ketika membuat satu pembentangan penting seperti
projek syarikat atau projek tahun akhir anda?
13. dalam sesuatu kementerian, siapakah yang mempunyai kuasa paling tinggi? kedua tertinggi? ketiga?
14. saya lihat anda pernah terlibat dengan program khidmat masyarakat di rumah anak yatim. jadi apa sumbangan anda dalam program tersebut? adakah anda masih berhubung dengan pengurusan pusat tersebut @ dengan penghuni di sana? apakah tindakan yang anda lakukan bagi membantu mereka? dengan kementerian manakah yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan nasihat, sumbangan @ pertolongan kepada rumah anak yatim tersebut?

Banyak lagi tips dan panduan untuk temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik akan kami kongsikan bersama anda.

temuduga pegawai tadbir diplomatik

Daftarkan nama dan emel anda dibawah, dan kami akan hantar tips dan panduan penting untuk temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

[su_button url=”http://www.tipskerjaya.my/daftar-panduan-temuduga-ptd/” target=”blank” style=”stroked” background=”#fbe639″ color=”#120f0f” size=”7″ radius=”10″ icon=”icon: arrow-circle-right” icon_color=”#131313″]Download Rahsia Lulus Temuduga PTD M41 2014[/su_button]

  • Leave a Comment

Positive SSL